Apa kriteria dan apakah pra-syarat sebelum wanita mendabik dada mengatakan, “Lihatlah Dunia, Akulah Ushanita”.
Jika masih ada yang beranggapan bahawa, rupa paras adalah jaminan sukses, mereka sebenarnya masih hidup dalam zaman pra-sejarah. Kenapa begitu? Sikap sebegitu hanya sesuai dipraktikkan pada zaman sebelum potret Mona Liza dilakarkan Leonardo Da Vinnci.
Masihkah kita ingat tentang kebijaksanaan Siti Zubaidah yang terkenal dengan kebijaksanaan? Kecantikan rupa paras sebagai satu bonus. Ia perlu disyukuri dan bukan dimanupulasi. Tentu kita masih ingat kebijaksanaan Puteri Sa’dong, anak angkat Cik Siti Wan kembang dari negeri Cik Mek Molek yang tersohor dengan kebijaksanaan?
Kejelitaan tetap kekal bonus kejayaan. Apakah kunci dan apakah rahsia kejayaan Pengerusi KUWASA yang juga merupakan PRESIDEN Persatuan Usahawan Wanita B'putra Malaysia (USAHANITA)? Faridah Jabbar bukan sekadar seorang wanita yang mempunyai naluri timur yang sentitif terhadap kasih sayang, malah beliau tidak mempunyai sebarang sempadan untuk mencapai kejayaan.
Inilah yang akan menjadi aspirasi Ushanita Terengganu yang akan mengadakan mesyuarat Agontg pertama pada 8.5.2010. Inilah mesyuarat yang akan memilih mereka yang bukan sekadar mahu memimpin tetapi mampun melaksanakan apa yang diamanahkan.
Kriteria utama pemilihan kepimpinan ialah berpandukan kepada Ikon Usahanita Puan Faridah Jabbar selaku pengerusi persatuan. Kroteria ini akan memastikan Usahanita sentiasa Ceria, Anggun, Sensitif, bergaya dan Berjaya.
0 comments:
Post a Comment