• Bermula dari Bandaraya Warisan Pesisir Pantai K.Terengganu hingga ke Melaka Bersejarah, Ziq Bakery And Cake sentiasa menghidangkan sesuatu yang segar untuk anda.
  • Bersatu Jika Usahawanita Mahu Berjaya - Perutusan Ulung Pengerusi Usahanita Terengganu.
  • Blog Ini telah Dirasmikan YAB Dato' Ahmad Said Pada 7.5.2010
  • Apa Guna Berkawan Kalau Tidak Saling membantu
  • LOVE MOON. Mudah lagi menyenangkan,mudah difahami dan dipelajari, skim insentif yang senang, mudah diuruskan dan mudah juga untuk ditiru.
  • Kunjungi Manje D' Beauty. Web:http://www.manjedbeauty.com.my/ TEL:+609- 6225778, 016-2031778,016-4405778 FAX: +609- 6223778 E-Mail:info@manjedbeauty.com.my

Ushanita: Sejarah dan Aspirasi.


SEJARAH
 
Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia ( USAHANITA ) telah ditubuhkan pada tahun 1982 ,  Diketika itu  Presiden Pertama Allahyaramah Ybhg Datin Hajjah Salmah, seterusnya yang ke-2, Yang Berusaha Puan Norazizah bt Borhan, ke -3 - Ybhg Datin Hajjah Che Mah bt Haji Hadi, ke- 4 - Puan Hajjah Maizon bt Hj A.Rahman, ke- 5 - Ybhg Dato Hajjah Rokiah bt Hj Omar dan terkini yang ke -6 ialah Yang Berusaha Puan Hajjah Faridah bt A,Jabbar yang mengketuai USAHANITA  dan dianggotai oleh Usahawan Wanita Bumiputera yang aktif dalam pelbagai bidang perniagaan.

Setakat ini melebehi 15,000 orang ahli berdaftar di seluruh negeri di Semenanjung Malaysia di dalam bidang Kontraktor, Pembuatan, Pengimport, Franchise, Informasi Teknologi, Perkhidmatan, Perunding, Pemborong, Pertanian,, Pembekal, Pengedar, Jualan Langsung, Produk Makanan Masak,basah, kering,sejuk beku dan Kraft tangan dari Negeri Johor, Pahang, Kedah, Perak, Wilayah Persekutuan, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Terengganu dan Kelantan  serta 80 Daerah di bawah Noangan Cawangan Negeri2 masing-masing.

USAHANITA telah menganjurkan berbagai bagai seminar perniagaan, sessi perbincangan serta misi perniagaan di dalam dan di luar negara. Disamping mengejar peluang-peluang perniagaan, USAHANITA turut menganjurkan pelbagai acara kebajikan dan sosial.

Diperingkat antarabangsa, Usahanita juga berinteraksi dengan Persatuan IWAPI dari Indonesia, FICCI dari India. Lawatan sambil berniaga ke Negeri China, Indonesia, Thailand, Vietnam, Brunei, Saudi Arabia dan banyak lagi.

Dibawah payung Federal of Women Enterprenuer Association Malaysia (F.E.M) yang ditubuhkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan, Usahanita juga bergabung dengan persatuan-persatuan usahawan malaysia yang lain seperti Peniagawati, NAWEM, DUID, WAWASANITA dan DPMM. Melalui F.E.M Kementerian mengawasi kemajuan ahli-ahli di dalam persatuannya disamping menyalurkan matlamat dan peluang-peluang yang ada.

USAHANITA juga diberi kepercayaan oleh Pihak KPDN & Koperasi, Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Matrade, SME Corp, MARA, Institusi-institusi, pihak pihak Agensi Agensi dan lain-lain untuk bersama-sama menjayakan dan meningkatkan eknomi negara.
 
ASPIRASI

Usahanita adalah tonggak perjuangan usahawan wanita yang dihormati, disegani serta diyakini semua. Berusaha membantu serta membimbing usahawan wanita ke arah usahawan yang berkualiti, bersaing maju, menyesuaikan diri dengan padarigma serta sebagai pemangkin kepada ekonomi negara.


OBJEKTIF
1. Menyatupadukan tenaga usahawan wanita bumiputra bagi mengembangkan perniagaan mereka supaya lebih berdaya saing dalam sesuatu bidang yang kompetitif.
2. Mewujudkan hubngan kerjasama dan jalinan maklumat (information network) di kalangan usahwan bumiputra bagi mempertingkatkan penglibatan dan sumbangan mereka dalam mencapai wawasan negara.
3. Mengadakan aktiviti keusahawanan, latihan dan penerangan kepada ahli-ahli bagi mendedahkan mereka lebih meluas dalam dunia perniagaan.
4. Bergabung dengan mana-mana pertubuhan lain yang mempunyai tujuan yang sama di peringkat negara ataupun antarabangsa.
5. Menjalinkan kerjasama dengan pihak kerajaan dalam menjayakan dan melaksanakan dasar-dasarnya.
6. Menjadi badan penasihat dan bimbingan kepada ahli-ahli dalam mengatasi masalah yang berkaitan dengan bidang keusahawanan.
 
MISI
1. Berusaha melahirkan dan membantu usahawan wanita yang baru dan sedia ada sebagai pelapis kepada kepimpinan pada masa hadapan agar lebh ramai usahawan wanita yang berjaya, berdaya tahan, berdaya maju dan berdaya saing.
2. Berusaha menaikkan taraf kemahiran ahli dan memperbanyakkan lagi program-program latihan, forum, seminar dan berbagai-bagai lagi.
3. Mewujudkan dan memperluaskan rangkaian usahawan-usahawan wanita serta menjadi pusat rujukan dan sokongan.
4. Memberi pendedahan di dalam bidang ekonomi kepada usahawan-usahawan wanita terutamanya dalam sektor-sektor strategik.
5.Meningkatkan bilangan ahli usahawan wanita terutama dari segi kualiti dan kuantiti serta menyatukan tenaga kepintaran yang sedia ada.


Lagu & Ikrar
LAGU
Marilah kita sama berusaha
Majukan Usahawan Bumiputra
Bersatu teguh dan berpadu
Dengan azam dan semangat jitu
Bersamalah kita bermuafakat
Maju jayakan membawa berkat
Itulah sumbangan kita
Untuk bangsa, agama dan negara
Maju jaya..maju jaya
Mara terus mara
Usahawan wanita bumiputra
Bersatu untuk berjaya
Bersamalah kita bermuafakat
Maju jayakan membawa berkat
Itulah sumbangan kita
Untuk bangsa, agama dan negara  
[ ... ]
Related Posts with Thumbnails
Follow usahanita on Twitter

USHANITA LINK

PERHATIAN SEMUA Buat Duit Secara On-line di rumah..layari di sini
Program Pembangunan Insan Oleh Wan Zulkifli Layari di sini