Seperti wanita lain, Tahirah juga mempunyai cita-cita dan hasrat menggunung untuk meraih kejayaan dalam perniagaan. Walau banyak peluang dan kemudahan yang disediakan kerajaan untuk wanita, namun ramai yang tidak menyedarinya kerana masih bergerak secara individu.Malahan semenjak berpesatuan, Tahirah memperolehi lebih keyakinan diri apabila bersama dengan ahli pesatuan dan bertukar-tukar pengalaman dan kaedah untuk membantu sesama.





































































































