Adat berkawan mesti saling membantu. Betul tak? Jika anda punya harapan, kami pun punya impian. Kenapa tidak kita saling membantu untuk kita sama-sama mencapai impian dan menzahirkan wawasan kita.
Kami di Blog Usahanita Terengganu menyediakan ruang untuk anda mempromosikan produk atau servis perniagaan anda. Kenapa? Ada udang disebalik mee ke? Oh tidak dan sama sekali tidak. Anda kami hargai kerana anda sahabat kami di facebook Usahanita Terengganu. Jadi apa salahnya kan?
Kena bayar? Tidaklah, mestilah percuma dan tiada diskriminasi tanpa mengira anda siapa atau jantina. Tidak kiralah sama ada anda ahli Usahanita atau tidak. Ataupun anda bekas apa-apa pun. Kami tak berminat tentang siapa anda sebelum ini kerana apa yang lebih penting apa yang anda akan jadi di masa hadapan.Kami ingin menjadi sebagaian daripada kejayaan anda.
Jadi apa salahnya membantu, kan kita ni berkawan, jom kita sama-sama membantu untuk membina masa depan yang lebih baik. Pertingkatkan apa yang kita ada hari ini untuk mencapai kebaikan yang lebih sempurna esok. Singgahlah ke blog kami dan tinggalkan link anda di shoutbox dan selebihnya kami tahu apa yang nak buat. Percayalah, sebagai kawan kami tidak akan membina apa yang telah anda bina selama ini. Apatah lagi kalau kita ahli? Sebai permulaan, link Rohani Jaafar dan Wan Zulkifli Wan Yusof kami utarakan... Singgah ya nanti…berkawan biar seribu....
0 comments:
Post a Comment