• Bermula dari Bandaraya Warisan Pesisir Pantai K.Terengganu hingga ke Melaka Bersejarah, Ziq Bakery And Cake sentiasa menghidangkan sesuatu yang segar untuk anda.
  • Bersatu Jika Usahawanita Mahu Berjaya - Perutusan Ulung Pengerusi Usahanita Terengganu.
  • Blog Ini telah Dirasmikan YAB Dato' Ahmad Said Pada 7.5.2010
  • Apa Guna Berkawan Kalau Tidak Saling membantu
  • LOVE MOON. Mudah lagi menyenangkan,mudah difahami dan dipelajari, skim insentif yang senang, mudah diuruskan dan mudah juga untuk ditiru.
  • Kunjungi Manje D' Beauty. Web:http://www.manjedbeauty.com.my/ TEL:+609- 6225778, 016-2031778,016-4405778 FAX: +609- 6223778 E-Mail:info@manjedbeauty.com.my

Sunday, May 9, 2010

"Hello" and "Good Bye"

Anda tentu sudah tahu bukan? Mesyuarat Agung pertama Usahanita Terengganu baru sahaja berakhir dan berkeputusan. Ia bukan sekadar ketentuan tetapi adalah pilihan ahli sendiri. Sebagai ahli sesebuah persatuan anda tentu tahu bahawa anda bukan sahaja layak memilih malah anda juga layak untuk dipilih.

Dalam mana-mana persatuan tentu ramai yang mahu menyandang jawatan terutama dalam persatuan yang “glam” sikit. Tidak kiralah yang menang itu mampu mempraktikkan mahunya, janji ahli sudah membuat pilihan. Team yang lama membuat mesti melakukan “hand over” terhadap semua tugasan.

Ia perlu diperjelaskan supaya perjalanannya nanti tidak tersangkut-sangkut. Sebagai webmaster yang bertanggung jawab membentuk dan mereka cipta imej serta keterampilan Blog dan Facebook Usahanita Terengganu, saya amat berpuashati dan berbangga melakukan tugasan ini. Namun begitu, sekiranya anda percaya kepada munculnya malam, pasti anda percaya akan muncul juga siang.

Generasi baru pasti mempunyai wawasan dan misi terbaru berbanding mereka terdahulu. Begitu juga dengan team baru yang memenangi pemilihan dalam Mesyuarat Agung 1 Usahanita Terengganu baru-baru. Dalam setiap pertandingan mesti ada menang kalah dan yang kalah perlu memberikan laluan kepada yang menang membukti kemampuan disebalik mahu mereka.

Sebagai Webmaster blog dan facebook Usahanita Terengganu terdahulu, saya amat berbangga dengan anda semua yang telah turut sama menceriakan facebook ini. Ucapkan “Hello” kepada team baru dan terimalah warkah terakhir kami dengan ucapan “Good Bye”. Semuga sukses semuanya…

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Follow usahanita on Twitter

USHANITA LINK

PERHATIAN SEMUA Buat Duit Secara On-line di rumah..layari di sini
Program Pembangunan Insan Oleh Wan Zulkifli Layari di sini