• Bermula dari Bandaraya Warisan Pesisir Pantai K.Terengganu hingga ke Melaka Bersejarah, Ziq Bakery And Cake sentiasa menghidangkan sesuatu yang segar untuk anda.
  • Bersatu Jika Usahawanita Mahu Berjaya - Perutusan Ulung Pengerusi Usahanita Terengganu.
  • Blog Ini telah Dirasmikan YAB Dato' Ahmad Said Pada 7.5.2010
  • Apa Guna Berkawan Kalau Tidak Saling membantu
  • LOVE MOON. Mudah lagi menyenangkan,mudah difahami dan dipelajari, skim insentif yang senang, mudah diuruskan dan mudah juga untuk ditiru.
  • Kunjungi Manje D' Beauty. Web:http://www.manjedbeauty.com.my/ TEL:+609- 6225778, 016-2031778,016-4405778 FAX: +609- 6223778 E-Mail:info@manjedbeauty.com.my

Monday, May 3, 2010

Jualan Tiket Makan Malam Amal Usahanita Terengganu Kini Dibuka.

Usahanita dianggotai usahawan hawa yang berwibawa, bermotivasi dan berdedikasi. Tidak kira samada mereka surirumah, ibu tunggal, lepasan siswazah IPTA atau pun remaja, kesemua mereka berkongsi satu matlamat dalam satu persatuan.

Bermula daripada Kemaman, Kuala Terengganu, Besut, Setiu, Hulu Terengganu dan Dungun, mereka berhasrat untuk menjadikan Usahanita sebagai jambatan untuk berbakti kearah pembangunan negara.

Mereka kini sedang berusaha memperlengkapkan diri untuk supaya lebih berdisplin, bertanggungjawab, prihatin, dinamik, proaktif, cergas dan berkepimpinan. Kalau tidak diPecahkan Ruyungnya, bagaimana mampu kami memiliki kemahiran untuk berdikari dan seterusnya menjadi warganegara yang berbudaya, patriotik, kesukarelaan dan memiliki daya juang yang tinggi.

Sebagai langkah permulaan Usahanita Terengganu menganjurkan “Majlis Makan Malam Amal Kasih Sayang Tiada Batasan, Perjuangan Tiada Sempadan“ bagi membantu menambah keupayaan dana mereka. Sudikah anda membantu?

Harga Tiket: RM 100.00 (Ahli) RM 150.00 (Bukan ahli)
Untuk tempahan hubungi segera:
Puan Liza : 012 9856923
Rohana Rohati : 0162031778
Puan Zaliha : 0177142229

Tempahan awal berserta bayaran akan mengelakkan kekecewaan yang berpanjangan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Follow usahanita on Twitter

USHANITA LINK

PERHATIAN SEMUA Buat Duit Secara On-line di rumah..layari di sini
Program Pembangunan Insan Oleh Wan Zulkifli Layari di sini