• Bermula dari Bandaraya Warisan Pesisir Pantai K.Terengganu hingga ke Melaka Bersejarah, Ziq Bakery And Cake sentiasa menghidangkan sesuatu yang segar untuk anda.
  • Bersatu Jika Usahawanita Mahu Berjaya - Perutusan Ulung Pengerusi Usahanita Terengganu.
  • Blog Ini telah Dirasmikan YAB Dato' Ahmad Said Pada 7.5.2010
  • Apa Guna Berkawan Kalau Tidak Saling membantu
  • LOVE MOON. Mudah lagi menyenangkan,mudah difahami dan dipelajari, skim insentif yang senang, mudah diuruskan dan mudah juga untuk ditiru.
  • Kunjungi Manje D' Beauty. Web:http://www.manjedbeauty.com.my/ TEL:+609- 6225778, 016-2031778,016-4405778 FAX: +609- 6223778 E-Mail:info@manjedbeauty.com.my

Monday, May 31, 2010

Kita Cakna Kerana Kita Cakap Dan Kita Laksana. Cakna Rahana?

Pelbagai definasi diberikan terhadap perkataan CAKNA. Sahabat di Facebook banya memberi pandangan tentang perkataan CAKNA.

Kenapa? Sudah tentu kerana mereka CAKNA. Fendi Sani (Terima Kasih)memberikan makna atau definasi CAKNA berpandukan Kamus Dewan edisi keempat, DBP cakna berasal dari perkataan Terengganu yang bermaksud ambil peduli, ambil berat.

Tambah Fendi Sani lagi, disebabkan bahasa Melayu semakin dipinggirkan oleh kebanyakan orang, maka inisiatif perlu dilakukan agar masyarakat Melayu khususnya ambil peduli tentang bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan kita.."

Kami mendefinasikan CAKNA sebagai CAKAP dan LAKSANA. Gabungan CAKAP dan LAKSANA ini menjadikan perkataan CAKNA. Inilah yang kami ingin utarakan betapa pentingnya apabila kita CAKAP sewajarnyalah kita LAKSANA apa yang kita cakap. Itulah erti Cakna yang mahu kami utarakan.


Anda Cakna?

Rohana Bte Hassan N O K.P : 811030-11-5300 berumur 29 Tahun menghidapi Barah Buah Pinggang yang Kronik. Rahana tinggal di D155 Taman Indah,Bandar Al-Muktafi Billah Shah,23400 Dungun. Terengganu. Satu kawasan yang tidak semewah bangsar atau Damansara.

Kita yang sihat, mempunyai pelbagai impian untuk dilaksana dan mengumpul pelbagai kejayaan. Kami Cakna. Namun bagi Rahana, beliau hanya memiliki satu impian ia itu untuk sembuh. Namun halangan besar dihadapi rahana dan keluarga ialah masalah kewangan yang amat membebankan.

Anda Cakna? 

Bersama kita membantu Rahana untuk mencapai satu-satunya impian yang mampu dihasratkan.

Ringkasan Latar belakang:
Penyakit buah pinggang yang dialami Rahana dikesan ketika mengandung anak pertama. Di samping penyakit buah pinggang, pelbagai penyakit sampingan yang dialami Rahana telah menyebabkan beliau mengalami keguguran. Penderitaan ini ditanggung berterusan oleh Rahana selama lebih dua tahun dan beliau dinasihatkan supaya tidak mengandung dan melahirkan anak lagi.

Akibat kemiskinan Rahana tidak mampu membiayai kos perubatan yang bernilai lebih RM 250 ribu. Rahana terpaksa berulang dari Bandar Al-Muktafi Billah Shah, 23400 Dungun. Terengganu. Memandangkan tiada kemudahan terapi di Dungun, Rahana terpaksa berulang alik ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untukmelakukan terapi hemodelisis selama 4 hari sebanyak 4 kali bagi setiasp bulan. Rahana dan keluarga terus dibebani kos rawatan dan pembedahan yang bertali arus.

Suami Bakal Menderma Buah Pinggang Untuk Rahana.
Nor Azman Bin Umar telah mendirikan rumahtangga bersama Rahana selama 2 tahun terpaksa banyak mengambil cuti untuk membantu Rahana. Beliau yang bekerja sebagai juruteknik di Petronas telah dengan rela hati untuk menderma buah pinggang beliau untuk isterinya Rahana. Bantuan orang ramai yang cakna diperlukan bagi menampung kos pembedahan pemindahan buah pinggang yang dicadangkan pakar supaya dilakukan di Singapura memandangkan tahap penyakit yang dialami Rahana.


Sila hubungi Mertua Rahana Encik Zakaria MD. Amin atau Busu bagi maklumat lanjut dan bantuan di talian 019 937 5717. Sumbangan juga boleh disalurkan secara terus ke CIMB Akaun no: 1308-0003937-52-2

Khidmat Komuniti Persatuan Usahanita Terengganu, Usahanita Facebook Community-Page dan Sinarhairan Facebook Community Page.
Dilampirkan bersama maklumat yang berkenaan.

DOWNLOAD MAKLUMAT PERUBATAN RAHANA

Follow usahanita on Twitter

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Follow usahanita on Twitter

USHANITA LINK

PERHATIAN SEMUA Buat Duit Secara On-line di rumah..layari di sini
Program Pembangunan Insan Oleh Wan Zulkifli Layari di sini