• Bermula dari Bandaraya Warisan Pesisir Pantai K.Terengganu hingga ke Melaka Bersejarah, Ziq Bakery And Cake sentiasa menghidangkan sesuatu yang segar untuk anda.
  • Bersatu Jika Usahawanita Mahu Berjaya - Perutusan Ulung Pengerusi Usahanita Terengganu.
  • Blog Ini telah Dirasmikan YAB Dato' Ahmad Said Pada 7.5.2010
  • Apa Guna Berkawan Kalau Tidak Saling membantu
  • LOVE MOON. Mudah lagi menyenangkan,mudah difahami dan dipelajari, skim insentif yang senang, mudah diuruskan dan mudah juga untuk ditiru.
  • Kunjungi Manje D' Beauty. Web:http://www.manjedbeauty.com.my/ TEL:+609- 6225778, 016-2031778,016-4405778 FAX: +609- 6223778 E-Mail:info@manjedbeauty.com.my

Friday, August 20, 2010

Assalamualaikum, Salam Halalan Toyyiban Daripada Kami ZIQ Bakery And Cake.

Assalamualaikum, kami komited menyediakan hidangan ala-barat “Halalan Toyyiban” untuk anda sebagaimana yang dituntut. Kenapa masih ada yang ambil mudah? Menyedari potensi dan permintaan hidangan ala-barat yang menggalakan di Terengganu, kami di ZIQ Bakery and Cake menyahut seruan Jihad Bines untuk menggalas amanah dalam menyediakan produk “Halalan Toyyiban” kerana ia merupakan tanggungjawab kita bersama.

Bermula dengan cara kecil-kecilan, kini kami berusaha untuk menjadikan perniagaan ini yang dimonopoli sepenuhnya bukan islam sebagai satu industri pemakanan ala-barat yang mampu menyediakan juadah "Hahalan Toyyiban" yang bersih sucin dan diyakini.

Ya, apa gunanya mengambil sesuatu pemakanan bergred tinggi, yang kaya dengan pelbagai Omega dan vitamin sedangkan tidak halal (tidak Halalan) dan tidak baik (tidak Toyyiban) untuk kita. Jangan Ambil Mudah Soal “Halalan Toyyiban” dalam amalan pemakanan seharian, kelak diri sendiri yang akan menanggung susah.

Kenapa ZIQ Bakery BERSIH?
Kami mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi dalam setiap proses penyediaan merangkumi dapur, peralatan, pakaian mahu pun individu. Kami faham, makanan yang haram boleh memudaratkan tubuh badan umat Islam dari segi rohani dan jasmani.

Kami menggunakan peralatan “Stainless Steel” dan mengamalkan “Amalan Pengilangan Yang Baik”(GMP) sebagaimana yang telah ditetapkan.

Kenapa ZIQ Bakery SUCI?
Memandangkan selera rasa ala-barat semakin mendapat tempat dan kebanyakan premis yang mempelopori bidang ini dimonopoli bukan Islam, kami di ZIQ Bakery and Cake mengorak langkah dan mengatur strategi melakukan Jihad Bisnes untuk memenuhi keperluan umat Islam. Sebagai pengusaha bumiputra dan beragama Islam, kami lebih memahami tuntutan dan bertanggung jawab soal bahan mentah dan proses penyediaan mengikut tuntutan dan tertib “Halalan Toyyiban” yang memberi kebaikan kepada rohani dan jasmani umat.

Menjadi kewajiban kami untuk mengusuli sumber “Halalan Toyyiban” produk asas yang kami gunakan supaya ia tidak memudaratkan umat islam. Untuk memastikan produk kami benar-benar “Halalan Toyyiban” dari awal hingga siap, kami memilih kakitangan terlatih yang mengucap dua kalimah Syahadat dan tahu soal tuntutan dan tanggungjawab.


Kenapa YAKIN dengan ZIQ Bakery?
Untuk mengelakkan rasa was-was dan memastikan umat Islam mendapat bekalan makanan-ala barat yang “Halalan Toyyiban”, kami telah mengaplikasikan “Konsep Dapur Terbuka” yang membolehkan pelanggan melihat sendiri proses penyediaan tempahan mereka tanpa ragu. Kami mahukan pelanggan benar-benar yakin tahap halal dan baik produk kami demi menjamin kesejahteraan rohani, jasmani, akal dan emosi mereka.

PERANAN ANDA?
Sudah menjadi satu kefarduan untuk kita memilih dan meneliti pemakanan "Halalan Toyyiban" untuk menjamin kesihatan dan perkembangan rohani, jasmani, akal dan emosi secara sejahtera dan dirahmati.

PRODUK KAMI:
1. Roti
2. Kek (Cream/Continental)
3. Pastri
4. Biskut
5. Masakan Panas/Minuman (Café, Paya Keladi sahaja)
6. Hamper (Biskut)

Untuk tempahan sila hubungi Tel: 09-6301868 Fax: 09-6301860,

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Follow usahanita on Twitter

USHANITA LINK

PERHATIAN SEMUA Buat Duit Secara On-line di rumah..layari di sini
Program Pembangunan Insan Oleh Wan Zulkifli Layari di sini