• Bermula dari Bandaraya Warisan Pesisir Pantai K.Terengganu hingga ke Melaka Bersejarah, Ziq Bakery And Cake sentiasa menghidangkan sesuatu yang segar untuk anda.
  • Bersatu Jika Usahawanita Mahu Berjaya - Perutusan Ulung Pengerusi Usahanita Terengganu.
  • Blog Ini telah Dirasmikan YAB Dato' Ahmad Said Pada 7.5.2010
  • Apa Guna Berkawan Kalau Tidak Saling membantu
  • LOVE MOON. Mudah lagi menyenangkan,mudah difahami dan dipelajari, skim insentif yang senang, mudah diuruskan dan mudah juga untuk ditiru.
  • Kunjungi Manje D' Beauty. Web:http://www.manjedbeauty.com.my/ TEL:+609- 6225778, 016-2031778,016-4405778 FAX: +609- 6223778 E-Mail:info@manjedbeauty.com.my

Wednesday, May 12, 2010

An Evening With Rohana Rohati

Jam 7.45 petang 12 May, handphone mini Nokia tiba-tiba berdering ketika saya sedang siap sedia untuk siesta. Nombor handphone tertera terlalu asing dan tak pernah kenal. Kalau Suzanna yang call pasti tertera “private number”.

“Assalamualaikum, Ini Kak Ana, Ingat tak?” Sapa suara manja membuat saya pelan siesta saya tertangguh.

“OK. Oh Puan Pengerusi,” Tegur sayalah pulak, konon-konon nak melawak petanglah.

"Panggil Kak Anan saja cukuplah” katanya lagi sambil menyatakan hasrat untuk bertemu seketika dalam masa setengah jam berikutnya.

 Saya pun bersetuju walau pun terpaksa menangguh rutin harian untuk hari ini.Ini Puan Rohana nak jumpa mesti pasal nak tembak saya sebab produk dan websitenya langsung tidak dihighlight semasa malam pelancaran tempoh hari.

Saya ke pejabat Manje D' Beauty Marketing yang beralamat di No.61-B, Jln. Kemajuan, Off Jln. Batas Baru 20300, K. Terengganu, Terengganu Darul Iman tepat pada pukul 8.30 malam. Puan Rohana sedia menunggu dan ditemani suami. Saya dah sedia pasang telinga untuk kena bambu tetapi rupanya tidak.

“Kami berpuas hati dengan servis Encik Pedro sebagai webmaster blog dan facebook kami dan kami ingin Encik Pedro teruskan khidmat tersebut” Ujar Puan Rohana memulakan perbualan. “OK, let’s get down to business” ujar saya untuk mempercepatkan pertemuan kerana Puan Rohana akan ke Primula untuk temujanji bersama pengedar barangan Manje D' Beauty milik beliau.

Tugasan Utama Rohana Rohati Sebagai Pengerusi Usahanita Terengganu.


Puan Rohana menegaskan bahawa, tugas yang paling utama dan terpenting beliau akan lakukan sekarang ialah untuk menyatupadukan kembali ahli yang mungkin berselisih ketika pemilihan baru-baru ini. Puan Rohana berpendapat dan pendapat itu disokong oleh suaminya iaitu melakukan proses pemantapan ahli untuk mengukuhkan organisasi.

“Ahli perlu mantap dan dimantapkan dan barulah kita akan mempunyai sebuah organisasi yang bukan sahaja berdaya saing tetapi disegani.”

Puan Rohana menyeru ahli supaya sentiasa bersedia dan giat mempelajari dan memantapkan diri bersama-sama ahli persatuan. Sambil menyifatkan perkara yang berlalu perlu dibiarkan berlalu dan apa yang penting perkara dihadapan yang mesti dihadap.

“Dato’ Menteri Besar Terengganu pada malam pelancaran baru-baru ini telah menyatakan persediaan untuk membantu Usahanita Terengganu dan kenapa kita sesama ahli harus bertelagah?” persoal Puan Rohana sambil menghulurkan profil syarikatnya untuk rujukan.

Mengakhiri pertemuan singkat ini, Puan Rohana berjanji akan melakukan apa sahaja untuk membantu memantapkan Usahanita Terengganu malah satu Pelan Pembanguan Usahanita Terengganu (PPUT) kini sedang dirancang dan akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini.

Pertemuan yang singkat dan padat tetapi saya masih tertanya-tanya kenapa Puan Rohana Tak Tanya kenapa…..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Follow usahanita on Twitter

USHANITA LINK

PERHATIAN SEMUA Buat Duit Secara On-line di rumah..layari di sini
Program Pembangunan Insan Oleh Wan Zulkifli Layari di sini