Perlantikan Rohana Rohati sebagai Pengerusi Usahanita Terengganu dilihat sebagai titik permulaan baru yang lebih meyakinkan selepas beberapa kali usaha mengusahanitakan Terengganu sebagai satu persatuan menemui jalan buntu dan berkesudahan dengan tiada apa.
Memperkenalkan "Satu Kad Seribu Ucapan" Ayuh raikan perlantikan Puan Rohana dengan catatan ucapan anda yang bermotivasi untuk menjadikan Usahanita Terengganu lebih berdedikasi. Ucapan dan catatan sahabat Facebook Usahanita Terengganu dalam "Satu Kad Seribu Ucapan" nanti akan kami hasilkan dalam bentuk videografi ucapan yang pertama dan terulung dihasilkan.
Idea dicetus Presiden Usahanita Malaysia Puan Hjjh Faridah
Jabbar yang berjaya mengekalkan keremajaan hingga kini.
"Satu Kad Seribu Ucapan" adalah janji kami. Kami berani berjanji kerana kami tidak takut untuk menepatinya… ayuh…catatkan ucapanmu dalam "Satu Kad Seribu Ucapan" seikhlasnya…
Web Master Facebook Usahanita Terengganu.
0 comments:
Post a Comment