• Bermula dari Bandaraya Warisan Pesisir Pantai K.Terengganu hingga ke Melaka Bersejarah, Ziq Bakery And Cake sentiasa menghidangkan sesuatu yang segar untuk anda.
  • Bersatu Jika Usahawanita Mahu Berjaya - Perutusan Ulung Pengerusi Usahanita Terengganu.
  • Blog Ini telah Dirasmikan YAB Dato' Ahmad Said Pada 7.5.2010
  • Apa Guna Berkawan Kalau Tidak Saling membantu
  • LOVE MOON. Mudah lagi menyenangkan,mudah difahami dan dipelajari, skim insentif yang senang, mudah diuruskan dan mudah juga untuk ditiru.
  • Kunjungi Manje D' Beauty. Web:http://www.manjedbeauty.com.my/ TEL:+609- 6225778, 016-2031778,016-4405778 FAX: +609- 6223778 E-Mail:info@manjedbeauty.com.my

Monday, September 6, 2010

Salam Aidilfitri Daripada Presiden Usahanita Malaysia.


Presiden Usahanita Malaysia, Puan Hajjah Faridah A Jabbar mengucapkan salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada seluruh rakyat Malaysia dan ahli Persatuan Usahanita Malaysia. Raikan Syawal bersama yang tersayang dan jangan kita lupa kepada mereka yang kurang bernasib baik. Walau pun sedikit perhatian yang diberikan, ia amat bermakna bagi mereka. Maaf zahir batin kepada semua. Puan Hajjah Faridah A Jabbar, Presiden Usahanita Malaysia,



http://www.emailcashpro.com
Follow usahanita on Twitter
[ ... ]

Sunday, August 29, 2010

Apa Erti Kemerdekaan?

[ ... ]

Friday, August 20, 2010

Assalamualaikum, Salam Halalan Toyyiban Daripada Kami ZIQ Bakery And Cake.

Assalamualaikum, kami komited menyediakan hidangan ala-barat “Halalan Toyyiban” untuk anda sebagaimana yang dituntut. Kenapa masih ada yang ambil mudah? Menyedari potensi dan permintaan hidangan ala-barat yang menggalakan di Terengganu, kami di ZIQ Bakery and Cake menyahut seruan Jihad Bines untuk menggalas amanah dalam menyediakan produk “Halalan Toyyiban” kerana ia merupakan tanggungjawab kita bersama.

Bermula dengan cara kecil-kecilan, kini kami berusaha untuk menjadikan perniagaan ini yang dimonopoli sepenuhnya bukan islam sebagai satu industri pemakanan ala-barat yang mampu menyediakan juadah "Hahalan Toyyiban" yang bersih sucin dan diyakini.

Ya, apa gunanya mengambil sesuatu pemakanan bergred tinggi, yang kaya dengan pelbagai Omega dan vitamin sedangkan tidak halal (tidak Halalan) dan tidak baik (tidak Toyyiban) untuk kita. Jangan Ambil Mudah Soal “Halalan Toyyiban” dalam amalan pemakanan seharian, kelak diri sendiri yang akan menanggung susah.

Kenapa ZIQ Bakery BERSIH?
Kami mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi dalam setiap proses penyediaan merangkumi dapur, peralatan, pakaian mahu pun individu. Kami faham, makanan yang haram boleh memudaratkan tubuh badan umat Islam dari segi rohani dan jasmani.

Kami menggunakan peralatan “Stainless Steel” dan mengamalkan “Amalan Pengilangan Yang Baik”(GMP) sebagaimana yang telah ditetapkan.

Kenapa ZIQ Bakery SUCI?
Memandangkan selera rasa ala-barat semakin mendapat tempat dan kebanyakan premis yang mempelopori bidang ini dimonopoli bukan Islam, kami di ZIQ Bakery and Cake mengorak langkah dan mengatur strategi melakukan Jihad Bisnes untuk memenuhi keperluan umat Islam. Sebagai pengusaha bumiputra dan beragama Islam, kami lebih memahami tuntutan dan bertanggung jawab soal bahan mentah dan proses penyediaan mengikut tuntutan dan tertib “Halalan Toyyiban” yang memberi kebaikan kepada rohani dan jasmani umat.

Menjadi kewajiban kami untuk mengusuli sumber “Halalan Toyyiban” produk asas yang kami gunakan supaya ia tidak memudaratkan umat islam. Untuk memastikan produk kami benar-benar “Halalan Toyyiban” dari awal hingga siap, kami memilih kakitangan terlatih yang mengucap dua kalimah Syahadat dan tahu soal tuntutan dan tanggungjawab.


Kenapa YAKIN dengan ZIQ Bakery?
Untuk mengelakkan rasa was-was dan memastikan umat Islam mendapat bekalan makanan-ala barat yang “Halalan Toyyiban”, kami telah mengaplikasikan “Konsep Dapur Terbuka” yang membolehkan pelanggan melihat sendiri proses penyediaan tempahan mereka tanpa ragu. Kami mahukan pelanggan benar-benar yakin tahap halal dan baik produk kami demi menjamin kesejahteraan rohani, jasmani, akal dan emosi mereka.

PERANAN ANDA?
Sudah menjadi satu kefarduan untuk kita memilih dan meneliti pemakanan "Halalan Toyyiban" untuk menjamin kesihatan dan perkembangan rohani, jasmani, akal dan emosi secara sejahtera dan dirahmati.

PRODUK KAMI:
1. Roti
2. Kek (Cream/Continental)
3. Pastri
4. Biskut
5. Masakan Panas/Minuman (Café, Paya Keladi sahaja)
6. Hamper (Biskut)

Untuk tempahan sila hubungi Tel: 09-6301868 Fax: 09-6301860,
[ ... ]

Sunday, June 6, 2010

Hanya Jauhari yang Mengenal manikam

[ ... ]

Wednesday, June 2, 2010

Yang Jauh Di Mata, Kita Dekatkan Dihati. Yang Dekat Di Mata Adakah Kita Jauhkan Di hati?

Yang Jauh Di Mata, Kita Dekatkan Dihati. Yang Dekat Di Mata Adakah Kita Jauhkan Di hati? Sedang kita ghairah dan bersemangat menunjukkan CAKNA KITA terhadap sekarelawan yang menyabung nyawa menyeberang lautan nun jauh diseberang lautan,

Jangan pula kita lupa Rahana yang juga sedang berjuang berhadapan dengan Kanser yang merupakan pembunuh paling kejam diabad ini. Sama seperti saudara kita diseberang lautan sana yang memerlukan simpati dan sokongan kita, Rahana yang berada di depan mata kita juga memerlukan bantuan dan cakna kita.

Jom kita bantu ringankan beban Rahana dengan sikap kecaknaan kita sebagaimana kita tunjukkan kecaknaan itu dipersada antarabangsa. Jika anda MAHU dan anda MAMPU untuk membantu, Rahana tinggal di D155 Taman Indah, Bandar Al-Muktafi Billah Shah,23400 Dungun. Terengganu. Sila hubungi Mertua Rahana Encik Zakaria MD. Amin atau Busu bagi maklumat lanjut dan bantuan di talian 019 937 5717. Sumbangan juga boleh disalurkan secara terus ke CIMB Akaun no: 1308-0003937-52-2

Khidmat Komuniti Persatuan Usahanita Terengganu, Usahanita Facebook Community-Page, Manja D Beauty dan Brianpedro Facebook Community Page.
DOWNLOAD DOKUMEN RAHANA

Follow usahanita on Twitter
[ ... ]

Monday, May 31, 2010

Kita Cakna Kerana Kita Cakap Dan Kita Laksana. Cakna Rahana?

Pelbagai definasi diberikan terhadap perkataan CAKNA. Sahabat di Facebook banya memberi pandangan tentang perkataan CAKNA.

Kenapa? Sudah tentu kerana mereka CAKNA. Fendi Sani (Terima Kasih)memberikan makna atau definasi CAKNA berpandukan Kamus Dewan edisi keempat, DBP cakna berasal dari perkataan Terengganu yang bermaksud ambil peduli, ambil berat.

Tambah Fendi Sani lagi, disebabkan bahasa Melayu semakin dipinggirkan oleh kebanyakan orang, maka inisiatif perlu dilakukan agar masyarakat Melayu khususnya ambil peduli tentang bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan kita.."

Kami mendefinasikan CAKNA sebagai CAKAP dan LAKSANA. Gabungan CAKAP dan LAKSANA ini menjadikan perkataan CAKNA. Inilah yang kami ingin utarakan betapa pentingnya apabila kita CAKAP sewajarnyalah kita LAKSANA apa yang kita cakap. Itulah erti Cakna yang mahu kami utarakan.


Anda Cakna?

Rohana Bte Hassan N O K.P : 811030-11-5300 berumur 29 Tahun menghidapi Barah Buah Pinggang yang Kronik. Rahana tinggal di D155 Taman Indah,Bandar Al-Muktafi Billah Shah,23400 Dungun. Terengganu. Satu kawasan yang tidak semewah bangsar atau Damansara.

Kita yang sihat, mempunyai pelbagai impian untuk dilaksana dan mengumpul pelbagai kejayaan. Kami Cakna. Namun bagi Rahana, beliau hanya memiliki satu impian ia itu untuk sembuh. Namun halangan besar dihadapi rahana dan keluarga ialah masalah kewangan yang amat membebankan.

Anda Cakna? 

Bersama kita membantu Rahana untuk mencapai satu-satunya impian yang mampu dihasratkan.

Ringkasan Latar belakang:
Penyakit buah pinggang yang dialami Rahana dikesan ketika mengandung anak pertama. Di samping penyakit buah pinggang, pelbagai penyakit sampingan yang dialami Rahana telah menyebabkan beliau mengalami keguguran. Penderitaan ini ditanggung berterusan oleh Rahana selama lebih dua tahun dan beliau dinasihatkan supaya tidak mengandung dan melahirkan anak lagi.

Akibat kemiskinan Rahana tidak mampu membiayai kos perubatan yang bernilai lebih RM 250 ribu. Rahana terpaksa berulang dari Bandar Al-Muktafi Billah Shah, 23400 Dungun. Terengganu. Memandangkan tiada kemudahan terapi di Dungun, Rahana terpaksa berulang alik ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untukmelakukan terapi hemodelisis selama 4 hari sebanyak 4 kali bagi setiasp bulan. Rahana dan keluarga terus dibebani kos rawatan dan pembedahan yang bertali arus.

Suami Bakal Menderma Buah Pinggang Untuk Rahana.
Nor Azman Bin Umar telah mendirikan rumahtangga bersama Rahana selama 2 tahun terpaksa banyak mengambil cuti untuk membantu Rahana. Beliau yang bekerja sebagai juruteknik di Petronas telah dengan rela hati untuk menderma buah pinggang beliau untuk isterinya Rahana. Bantuan orang ramai yang cakna diperlukan bagi menampung kos pembedahan pemindahan buah pinggang yang dicadangkan pakar supaya dilakukan di Singapura memandangkan tahap penyakit yang dialami Rahana.


Sila hubungi Mertua Rahana Encik Zakaria MD. Amin atau Busu bagi maklumat lanjut dan bantuan di talian 019 937 5717. Sumbangan juga boleh disalurkan secara terus ke CIMB Akaun no: 1308-0003937-52-2

Khidmat Komuniti Persatuan Usahanita Terengganu, Usahanita Facebook Community-Page dan Sinarhairan Facebook Community Page.
Dilampirkan bersama maklumat yang berkenaan.

DOWNLOAD MAKLUMAT PERUBATAN RAHANA

Follow usahanita on Twitter
[ ... ]

Awas Hati Yang Berpenyakit.

Hati Mesti Sentiasa Bersih dan Membersihkan. Hati tidak besar dan tidak juga kecil. Namun fungsinya samada yang terlihat mahu pun tersembunyi teramat besar skopnya. Oleh itu sentiasalah kita lakukan pembersihan hati setiap masa dan setiap ketika. Semestinya kita akan menjadi seorang yang paling beruntung sebagaimana yang dituntut agama.

Sekiranya sekeping hati ini terus kotor dibiarkan berlarutan kotor, maka tergulunglah kita di dalam mereka yang rugi dan merugikan. Hati yang sentiasa bersih walau dicuci dengan segelas air, ia sudah memadai.

Tetapi hati yang kotor dan mengotorkan, walau pun menggunakan 7 lautan air sekali pun, ia tetap kotor dan mengotorkan. Sentiasalah kita membersihkan hati kita supaya kita saling membersih dan menjernihkan hubungan sesame kita. Hati yang kotor akan mengotor dan mengeruhkan hubungan yang selama ini bersih antara kita.

Hati yang kotor adalah hati yang berpenyakit. hati yang berpenyakit akan membawa virus hasad yang merbahaya dan bakal mengundang perpecahan dan nasib malang. Jika hati yang berpenyakit ini tidak diubati dan dijauhi, ia akan menhundang malapetaka yang berjangan dan menyebabkan kemurungan yang melampau dalam setiap kehidupan. renungkanlah...


Follow usahanita on Twitter
[ ... ]
Related Posts with Thumbnails
Follow usahanita on Twitter

USHANITA LINK

PERHATIAN SEMUA Buat Duit Secara On-line di rumah..layari di sini
Program Pembangunan Insan Oleh Wan Zulkifli Layari di sini